AL QAMAH berpesan kepada puteranya tentang sifat sahabat.
Katanya
Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, pilihlah orang yang mempunyai sifat berikut:
1
Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungimu.
2
Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu.
3
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu.
4
Jika engakau menghulurkan kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
5
Jika dia menerima bantuan daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan itu.
6
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
7
Jika engkau meminta bantuan darinya, dia akan berusaha membantumu.
8
Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu.
9
Jika engkau ditimpa sesuatu bencana, dia akan meringankan kesusahanmu.
10
Jika engkau berkata kepadanya, dia akan membenarkanmu.
11
Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
12
Jika kamu berselisih faham, dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Alhamdulillah...
Allah kurniakan aku seorang sahabat dunia akhirat...
Sentiasa bersama-sama aku...
Menerima segala kekuranganku...
Bersabar dengan semua perangaiku...
TERIMA KASIH...
5 tahun bersama dan sentiasa bersamaku...
Alhamdulillah...
Allah kurniakan aku seorang sahabat dunia akhirat...
Sentiasa bersama-sama aku...
Menerima segala kekuranganku...
Bersabar dengan semua perangaiku...
TERIMA KASIH...
5 tahun bersama dan sentiasa bersamaku...