:::12 PESANAN ALQAMAH:::


AL QAMAH berpesan kepada puteranya tentang sifat sahabat. 
Katanya
Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, pilihlah orang yang mempunyai sifat berikut:

1
Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungimu.

2
Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu.

3
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu.

4
Jika engakau menghulurkan kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.

5
Jika dia menerima bantuan daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan itu.

6
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.

7
Jika engkau meminta bantuan darinya, dia akan berusaha membantumu.

8
Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu.

9
Jika engkau ditimpa sesuatu bencana, dia akan meringankan kesusahanmu.

10
Jika engkau berkata kepadanya, dia akan membenarkanmu.

11
Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.

12
Jika kamu berselisih faham, dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


Alhamdulillah...
Allah kurniakan aku seorang sahabat dunia akhirat...
Sentiasa bersama-sama aku...
Menerima segala kekuranganku...
Bersabar dengan semua perangaiku...
TERIMA KASIH...
5 tahun bersama dan sentiasa bersamaku...

:::FOR HER:::


SELAMAT BERJUANG

:::WEEK 14:::


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Esok...
Ada apa dengan esok...?
Esok isnin minggu ke-14...
So..?
Minggu last tuk sem ini...!
tapi.....
Tak boleh happy sangat...
06.6.13
11.6.13
17.6.13
Tarikh-tarikh exam...

Semoga Allah permudahkan segalanya...

Good Luck to my lovely adik-adik... ija and nia...
Ganbatte.!!!

:::21 MAY:::



21 May 2012.
21 May 2013.

Setahun sudah tidak terdengar suaranya.
Setahun sudah atuk berada di alam sana.
Setahun sudah atuk pergi kepada Pencipta.

Sungguh aku rindu.
Sungguh aku rindu.
Sungguh aku rindu.

YA ALLAH.
Ampunkan dosa atukku.
Ringankan azabnya.
Luaskan kuburnya.
Tempatkan dia di sisiMU bersama-sama orang yang bertaqwa.
Amin.

:::HUSNUZON:::


RESEPI CINTA USRAH.
(HUSNUZON) BERPRASANGKA BAIK.


 Syeikh Qadir al-Jailani:

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

Ihsan dari uncle google.

:::LAZINESS:::


Jam menunjukkan pukul 7.15 pm. Dengan penuh semangat bergerak ke meja study. Buku geotech eng yang berwarna merah dibuku dicari memandangkan test II pada hari selasa nanti. Mata ligat mencari tajuk lateral earth. Jumpa!!!. Start baca dan memahami. Ka and Kp. Uneven backfill dan level backfill. Rankine dan Coulomb. 

Formula. Formula. Formula. Formula.  Huh. 

Jam 7.45. Buku ditutup. Lappy on. Maka terhasil la entry ini. Dan belajar selama 30 minit ja...

MALASNYA!!! Makin dekat exam makin malas.

Astagfirullahaladzim

:::YA ALLAH:::


Hati sungguh tak tenang...
Berfikir itu dan ini...

"Hati-hatilah kalian dari berprasangka buruk
kerana
ianya adalah sedusta-dusta ucapan"
(HR MUSLIM & BUKHARI)


:::IRKAM MA'ANA:::


Akhirnya dapat juga ketika p kedai buku with my lovely bestie --> ija. Terima Kasih.

Ikram ma'ana
Naiklah bersama kami...
Soalan 1: Nak naik ke mana?
Soalan 2: Camna nak naik?
~Hilal Asyraf~

Tak sabar nak khatam buku ini.. ngee~~~
( ' . ' )

:::CIVIL NITE 2013:::


Alhamdulillah... 
Segala Puji bagi Allah...
Tahun ini da masuk tahun ketiga...
Setahun lagi akan tamat pengajian...
Doakan saya dan teman saya...

:::Picture d atas dari Mohd Ade Azreen:::

:::chinese set:::

hurm... lapar...

(*_*)

092... lucky draw...

coursemate buat persembahan

Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kami dalam pjuangan ini...




:::TERIMA KASIH:::


Terima Kasih kepada adik terbuucuuuk sbb bgi benda ni...
handmade by her...
Bangga sikit la aku sbagai kakak, at least da pandai ko pandai menjahit...
hihi...
LOVE U! LOVE U! LOVE U!

:::AKTIVITI MASA BORING:::


iJa monTell

::Sahabat selamanya::Ukhwah fillah till Jannah::Uhibbuki fillah::
-Amin Ya Rabbal Alamin_

:::SOALAN demi PERSOALAN:::


???
Lahir sebagai insan yg penuh dengan curiosity...
Hidup dalam penuh persoalan...
Dulu, skrg ataupun nanti...
Aku nak jawapan yang pasti...
Agar bisikan syaitan dapat ku lawan...
Fikiran negatif mampu ku buang...
Hidup bahagia tanpa batasan...
Dalam cita-cita meraih keredhaanNYA...
dalam sebuah persahabatan yang hampir terkulai layu...

TEMAN
:::MAAFKAN AKU DUNIA AKHIRAT:::

:::UKHWAH FILLAH:::


Indahnya persahabatan kerana Allah...
Ukhwah kerana Allah...
Semoga Allah sentiasa redha...
Sayang dayang haniza kerana Allah...
Sungguh aku ingin ke syurga bersamanya...

bentuk 'love' simbolik kasih sayang dalam ukhwah kerana Allah...
Semoga kekal dan sentiasa terpahat dlm hati kita~~~
::Amin Ya Rabbal Alamin::


:::REDHA:::


Pesanan dari seorang bakal ustazah yang cute:
"Redha. Jika kita redha in shaa Allah kita akan bersyukur dengan segala nikmat Allah.
Banyak lagi nikmat Allah nak bagi kat kita.."

...Yakin dengan JanjiNYA...