Yeah.
Tak lama lagi masuk sem 7 bersamaan dengan Final Year. Happy? Sudah pasti. Happy sangat-sangat. Namun satu kesedihan yang teramat sangat wujud di balik kegembiraan itu.
Teringat hari terakhir di matrikulasi pada tahun pertama. Malam terakhir di matrikulasi sebagai pelajar program dua tahun (PDT). Ija datang tidur di bilik ku. Ya. Dia datang bersama bantal busyuknya mcm biasa. Aku nangis tak henti-henti dalam bilik bertemankan dia. Ya. kerana ketika itu kami mula akrab. Tuala merahku jadi saksi betapa sedihnya aku ketika itu. Tangisan tak dapat aku hentikan. Airmata mengalir tanpa dipaksa. Sedih sangat. Kesedihan yang tak dapat aku gambarkan.
Melihat aku tak henti menangis, dia mengajak ku lepak di atas bumbung hostel. Gelap. Kelam. Hanya cahaya bulan menerangi kami. Tiba saja di atas bumbung, airmata mengalir lagi. Ya. aku takut sangat kami tak dapat jumpa lagi kerana aku tahu jika kami gagal dalam peperiksaan, kami tidak akan dapat meneruskan pengajian ke tahun kedua. Hanya Allah tahu betapa aku sedih ketika itu. Allahu Akbar.
Dan. Kami terpisah beberapa bulan menunggu result exam. Dalam cuti tersebut, pelbagai plan aku dan dia rancang agar dapat sambung belajar sama-sama. Kita siap berjanji lagi, kalau salah seorang dari kami gagal, seorang lagi tak akan sambung. Kalau gagal, nak masuk KYS la. Uitm la. Hahahahaha. See? the friendship.
Alhamdulillah. Kami lulus. hahaha. Akhir tahun ke dua di matrikulasi. Untuk memastikan kami keeps on together, kami sepakat tuk lapan pilihan borang UPU tu, kami isi lapan-lapan pilihan dengan course di UMS... hahaha... So, tak kan terpisah punya. Allah izinkan. Kami masih bersama di UMS. Dia dapat chemical engineering dan aku civil engineering. Namun, tahun kedua dia tukar course masuk civil engineering bersama-sama aku. Waaaaaaaaa.. lau fikir balik, nikmat persahabatan yang Allah bagi untuk aku terlalu banyak dan indah. Syukur Ya Allah, berikan aku seorang sahabat seperti dia.
Now. Final Year di UMS.. Macam mana nak hadapi perpisahan lagi? Confirm la setiap pertemuan ada perpisahan. Namun, sejauh mana ketabahan aku.? Sejauh mana aku akan redha dengan takdirNYA.? Sampai syurgakah persahabatan ini setelah kami dah seperti adik beradik.?
Setahun lagi.
Ya Allah.
Izinkan aku mengayam kenangan indah kami
Izinkan aku mengukir memori gembira kami
Izinkan aku melukis setiap langkah kejayaan kami
Izinkan aku menampal lompang kegembiraan kami
Izinkan aku menghilangkan parut kelukaan kami
Izinkan aku memadam setiap kekecewaan kami
ENGKAU jadikanlah perpisahan yang akan terjadi ini sebagai suatu yang indah untuk kami.
ENGKAU tautkan lah ukhwah kami walaupun terpisah oleh jarak.
ENGKAU temukanlah kami di syurgaMU andai tiada lagi pertemuan antara kami selepas ini.
Jom nangis! ;(