:::SETIAP YANG BERNAFAS PASTI AKAN MATI:::

Bismillahhirrahmannirrahim

Maha Suci Tuhan yang bersifat Baqa' dan Qidam...
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa...
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa...
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran...
Dan sebesar-besar amaran kepada yang masih hidup...
INGATLAH! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa...
Melainkan zat ALLAH TAALA...
Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum...
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadrat Allah Taala...

Wahai SABARINAH BIN DAHIRAH,
Wahai SABARINAH BIN DAHIRAH,
Wahai SABARINAH BIN DAHIRAH...

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Ingatlah wahai SABARINAH BIN DAHIRAH

Apabila datang kepadamu dua malaikat yang serupa denganmu
Iaitu Mungkar dan Nangkir
Janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah bersusah hati dan terkejut
Ketahuilah wahai SABARINAH BIN DAHIRAH
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah SWT
Sebagaimana kamu juga hamba Allah SWT
Apabila mereka menyuruh kamu duduk
Mereka juga akan menyoal kamu

SIAPAKAH TUHAN KAMU?
SIAPAKAH NABI KAMU?
APAKAH AGAMA KAMU?
APAKAH KIBLAT KAMU?
SIAPAKAH SAUDARA KAMU?
APAKAH PEGANGAN IKTIKAD KAMU?

APAKAH KALIMAH YANG KAMU BAWA BERSAMA-SAMA KAMU?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat
Dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah bergopoh-gapah.
Jawablah

ALLAH TAALA TUHANKU
MUHAMMAD NABIKU
ISLAM AGAMAKU
KITAB SUCI AL-QURAN IKUTANKU
BAITULLAH KIBLATKU
SOLAT LIMA WAKTU, PUASA DI BULAN RAMADHAN,
MENGELUARKAN ZAKAT SERTA MENUNAIKAN HAJI DIWAJIBKAN KE ATAS KU,
SEMUA ORANG ISLAM DAN ORANG YANG BERIMAN ADALAH SAUDARA KU,
BAHKAN DARI HIDUP HINGGA AKU MATI, AKU MENGUCAP ''LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADDUR RASULULLAH''

Wahai SABARINAH BIN DAHIRAH

Tetapkanlah hatimu
Inilah dia satu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal dia alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah Wahai SABARINAH BIN DAHIRAH

Bahawasanya mati adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur adalah benar
Bangun dari kubur dan dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan ada
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan juga yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

YA ALLAH YA TUHAN, KAMI MERAYU DAN MEMOHON KEPADAMU,
SUPAYA TIDAK DISEKSA MAYAT INI DENGAN KEMEGAHAN PENGHULU KAMI MUHAMMAD SAW...