"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa....."
(49:12)
Duhai Allah
Pimpinlah hatiku.
Tanamkan sikap berbaik sangka dlm jiwaku.
KAU menguji kerana menyayangiku.
KAU menguji untuk menguatkanku.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Allah berfiman: ' Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-KU sangkakan terhadap-KU. Dan AKU berserta dengannya ketika ia menyebut-KU
(berzikir kepada-KU)'."
(berzikir kepada-KU)'."
Duhai Allah
Hapuskan syak wasangkaku..
Dengan mengingatiMU..
Lenyapkan paranoidku..
Dengan merinduiMU..