Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Fasa sebagai pelajar ijazah sepenuh masa telah berakhir sejak beberapa minggu yang lalu. Hanya menanti keputusan peperiksaan. Semoga Allah permudahkan segalanya bagi ku dan sahabatku.
Bila dah tiada bebanan pelajaran difikir, soal jodoh menggamit akal fikiran lebih-lebih lagi ramai sahabat di sekeliling telah menjadi isteri dan tidak kurang yang telah bertunang mahupun ada yang berpasangan. Tapi diri masih berseorangan. Hahaha.
Takut? Insha Allah, TIDAK sama sekali. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNYA. Jika aku ingin yang terbaik, DIA tahu apa yang lebih baik buatku.
Cemburu? Tipu lah andai tiada cebisan cemburu melihat kawan-kawan yang lain telah menemui pasangan mereka. Tapi, akan ku serahkan segala-galanya kepadaNYA kerana DIA MAHA MENGETAHUI.